• Detik 1 Syawal Bersama Keluarga Wan Mahdi

    Alhamdulillah, tahun ini sambutan hari raya saya kira sedikit berlainan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ye la, ada dari kalangan family saya kini sudah pun bergelar perantau di tempat orang. Adik ke-2 saya balik dari Penang manakala adik ke-3 saya balik dari Muadzam Shah, Pahang. Kalau dulu, semua sekolah kat KL jer, sekarang semua dah merantau ke tempat orang mencari ilmu untuk masa hadapan.

    Selepas sahaja solat sunat Aidilfitri di Surau Al-Husna, PPR Seri Semarak, kami sekeluarga berkumpul dan bermaaf-maafan dengan mak dan ayah serta sesama adik beradik. Tradisi ini memang kami adakan tiap-tiap tahun selepas solat sunat raya. Kemudiannya, kami bergambar bersama sebagai tanda kenang-kenangan sambutan Aidilfitri kali ini. 




    Selepas itu, kami semua bersiap-siap untuk bertolak ke kampung di Bota Kanan, Perak Darul Ridzwan. Dalam perjalanan kami berziarah di pusara atuk, Allahyarham Wan Mahmood bin Wan Salleh di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota. Ramai juga yang datang berziarah sanak saudara dan ahli keluarga yang telah pergi semasa kami berada di sana. Sempat juga kami membersihkan pusara Atuk, menghadiahkan bacaan Al-Fatihah, Surah Yasin dan doa buat Atuk. Sudah 12 tahun Atuk telah meninggalkan kami semua untuk menjadi tetamu Allah di sana. Al-Fatihah



    Setelah berziarah di pusara, kami bertolak ke rumah nenek di Wangsa Maju Seksyen 4. Di sana, pelbagai juadah raya yang nenek sediakan antaranya Nasi Dagang dan juga Nasi Impit. Wah, sedapnya.. Masakan pakar masakan la katakan.. Terima kasih, nenek. Selepas menikmati juadah dan beraya bersama nenek, kami sekeluarga bertolak ke Perak pada sebelah tengah hari.

    Alhamdulillah, keharmonian keluarga saya masih lagi kekal sehingga kini. Apa yang mak ayah saya lakukan hari ini sudah tentu menjadi teladan yang baik buat saya dan adik beradik. Bersalam-salaman, memohon ampun pada yang lebih tua dan mengasihi yang lebih muda, berziarah pusara oarang yang telah lama pergi dan mendoakan kesejahteraan dan berziarah saudara mara merupakan amalan murni yang diterbiah secara tersirat oleh mak dan ayah kepada kami supaya suatu masa nanti, kami juga akan berbuat perkara yang sama... InsyaAllah.

    Buat kawan-kawan semua, saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin ya.. =)





  • You might also like

    1 ulasan: