"Kalau diberi peluang, semua orang mahu sempurna"

Assalamualaikum wrbh dan Salam sejahtera, semua.

Syukur alhamdulillah, saya kembali diberikan kekuatan untuk kembali berbloging spt ini. Rasanya last post sy, bulan April lalu... Skrg dah masuk bulan Jun. Huhuhu... Agak lama jgak tu x berblogger..

Okay, tajuk hari ini adalah apa yang saya rasa kblkgan ini dalam benak minda dan hati saya...

Semua orang mahukan kesempurnaan. Ceritalah apa sahaja, daripada urusan rasmi, tak rasmi atau apa-apa jua yang dibuat atau dilakukan orang, seboleh-bolehnya semuanya mahu sempurna.

Tapi kadang-kadang, kedaaan tak mengizinkan kita untuk mendapat apa yang kita mahukan kesempurnaan. maksud saya begini :-

Kalau seorang pengarah program mahukan semua kerja yang berjalan sempurna, mgkin anak buahnya akan melakukan sambil lewa dan tak seperti yang diharapkan

Kalau seorang pakwe mahukan aweknya ceria, mungkin setiap kali berhubung pasti ada yang tak kena.