Hadiah Paling Bermakna Bagi Saya...

Manusia sememangnya dijadikan sifatnya untuk saling menghargai yang disukai dan juga kadang kala mengeji perkara yang tak disukai. Untuk kali ini, saya akan berkongsi apakah hadiah yang saya rasakan paling bermakna untuk saya.

1. Rahmat Allah dan nikmat Allah hidup di dunia dan diakhirat.

Maha suci Allah yang menciptakan kita semua dan kurniakan kita dengan pelbagai nikmat dan juga kesenangan. Inilah hadiah yang paling benar daripada Allah kpd saya dan juga semua umat manusia. Hadiah yang paling agung adalah iman dan islam di mana barangsiapa yang memperoleh kedua ini, insyaAllah Allah akan pelihara tubuh badan dan rohnya daripada api neraka.