• Hitler & Islam : Apa Kaitannya??


    Adolf Hitler (20 April 1889-30 April 1945)

    Sebut sahaja mengenai Adolf Hitler, pasti ramai yang mengenalinya. Beliau merupakan satu tokoh dunia yang tidak asing lagi. Ada pendapat yang beliau seorang baik dan ada juga yang berpendapat bahawa beliau seorang yang sebaliknya sehingga tidak layak digelar tokoh. Tambahan, perspektif ini dilihat berbeza oleh dua golongan agama utama dunia, iaitu Islam dan Yahudi.

    Mengapa pandangan mengenai beliau dilihat berbeza oleh dua kelompok agama dunia ini? Hal ini demikian kerana, dasar beliau yang amat membenci yahudi dan juga sangat menyanjungi kejayaan Islam. Malah, beliau juga belajar daripada sejarah kemajuan Tamadun Islam untuk membangunkan Jerman pada zamannya.



    Sedikit mengenai Adolf Hitler (20 April 1889 - 30 April 1945), beliau merupakan adalah seorang perancang yang pintar, pemidato yang hebat dan seorang tokoh politik yang telah menjadi idola di Jerman antara akhir 1920-an dan 1940-an. Beliau terlibat dalam Perang Dunia I tetapi memain peranan penting dalam Perang Dunia II. Beliau terkenal sebagai orang yang berjaya menyatukan penduduk berbahasa Jerman walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat. Kini beliau dilabel oleh kebanyakan orang Barat sebagai orang yang kejam, bengis dan diktator yang gila kuasa. Beliau pernah menyandang jawatan Canselor Jerman pada 30 Januari 1933 sehingga 30 April 1945 dan juga Presiden Jerman pada 2 Ogos 1934 sehingga 30 April 1945.

    Jadi persolan yang cuba dikaitkan dalam rencana ini, apakah kaitannnya Hitler dengan Islam? Mengapa pula Hitler sangat menyanjung Islam semasa pemerintahnya? Semua persoalan ini akan dirungkaikan sebentar lagi.

    Seorang pelajar di Arab Saudi menjalankan tesis mengenai beliau dan dasarnya telah menjumpai satu fakta yang menarik mengenai tokoh ini. Adolf Hitler adalah seorang yang sangat menyanjungi ketamadunan Islam.

    Menurutnya, sekiranya Hitler dan bala tenteranya kejam, pihak British sebenarnya telah melakukan lebih dahsyat dari itu. Malah, pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama tetapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka lupa kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak kaum kulit putih Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?

    Persoalan yang timbul pada fakta ini, mengapa pula sedemikian? Bukankah tentera Nazi dan juga pemimpinnya, Adolf Hitler membunuh berjuta-juta orang yahudi pada zaman pemerintahannya?

    Ada dua sebab mengapa terjadinya sedemikian;

    1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

    2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

    Atas rasa kagumnya pada Islam, beliau mencetak dan mengedarkan risalah mengenai Islam pada bala tenteranya untuk diambil iktibar, walaupun kebanyakan tenteranya bukan beragama Islam.


    Beliau juga dikatakan memberi peluang kepada tentera Islamnya menunaikan solat di mana jua mereka berada. Malah, mereka juga pernah bersolat di Dataran Berlin dan Hitler menghormati mereka sebelum beliau memberikan ucapannya.


    Bagi meningkatkan lagi kefahaman beliau mengenai Islam, Hitler sering kali mengadakan pertemuan bersama para ulama Islam dan juga menggalakkan bala tenteranya serta para ulama ini berdampingan agar kisah mengenai Islam, semangat juang para sahabat dan juga Nabi SAW dapat diambil iktibar oleh anak-anak buahnya.

    Hitler juga sering kali meminta golongan ini mendoakan golongan bukan Islam agar menjadi baik dan mendampingi tenteranya yang beragama Islam serta memberikan semangat agar berjuang menghapuskan yahudi yang berniat jahat.



    Selain itu, ada beberapa lagi fakta mengapa Hitler dilihat begitu dekat dengan Islam dan amat dibenci oleh golongan yahudi laknatullah ini;

    Pertama, pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
    Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

    (اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

    Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

    Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

    Kedua, Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
    Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

    " Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

    Ketiga, beliau tidak minum arak.
    Meskipun Hitler bukan Islam, beliau dipercayai enggan meminum arak ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan

    "Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

    Minuman kebiasaanya beliau adalah teh uncang khas.

    Pendedahan ini sebenarnya membuka mata dan perspektif baru terhadap siapa Hitler di mata kita. Sekiranya benar, maka ia dilihat sebagai salah sebuah bukti bahawa Islam itu mempengaruhi ketamadunan dunia itu sendiri. Hitler sendiri sanggup belajar mengenai ketamadunan Islam sedangkan kita sedia maklum pada zaman itu, orang Islam sendiri sudah mula jauh dari sinar Islam itu sendiri. Malah, mereka dilihat begitu taksub mengejar keduniaan dan kebaratan.

    Hitler juga sedar, Islam berjaya membina ketamadunan yang kukuh adalah disebabkan pegangan agama umat Islam dahulu yang teguh dan patuh atas perintah yang maha Esa.Itulah sebab utama mengapa beliau menggalakkan tenteranya terutama yang Islam mendampingi para ulama.

    Walaupun fakta ini masih belum terjawab kesasihannya, umat Islam iaitu kita sepatutnya merenung kembali sejauh mana kita berpegang kepada ajaran agama Allah ini. Sekiranya benar semua fakta mengenai Hitler di atas, maka malulah kita pada beliau yang bukan Islam itu.

    ~Wallauhuaklam~

    Idham Mahdi,
    UTM International Campus, Kuala Lumpur.
    26 September 2010

  • You might also like

    2 ulasan:

    1. salam..best la story pasal hitler...thanks for the info...like it.

      BalasPadam
    2. @Ikalife
      wslm wrbh, terima kasih ika....:) Semoga kita beroleh manfaat darinya....

      BalasPadam