• Karisma Edisi 11 - UTM KL vs UiTM, NS


    Pada 5 hingga 6 Mac 2010, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan Kem Rakan Siswa yang bertempat di Kem Sungai Merab, Kajang, Selangor.


    Gurls club only?? Kina, orang satu malaysia, ko tunjuk dua apahal?? Tau la belai ayam pada hari sebelum tu. Dari kiri; Joyce, Hazwani, Kina dan Ashikin.

    Seramai 12 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik memperkukuhkan lagi kekuatan pasukan UTM IC ke kem ini. Mereka yang menyahut cabaran memperkasakan misi 1Malaysia adalah saya sendiri, Jocelyn, Amirul Abdullah, Sakinah Ismail, Amir Ihsan, Zulhafiq Zariq, Ashikin, Nur Hazwani, Zulhilmi, Syah Izat, Faizul Mansor dan Fahim Sadri. Kami semua pergi di atas tiket JURUTEK.

    Dalam gambar ini, pose paling menarik dimenangi oleh Abe!
    dari kiri; Zulhafiq, Amiq, Faizul, Fahim, Hazwani, Kina, Joyce, Ashikin, Ijat, Abe, Zulhilmi, Idham

    Terdapat beberapa mitos yang menarik di sebalik kem ini. Sebelum saya menerima surat tawaran untuk pergi ke kem ini pada hari sebelumnya, saya sempat berchat dengan Saudari Joyce mengenai pengalaman beliau pergi kem. Wah, biasalah. Dia mempunyai pengalaman pergi ke kem anjuran kerajaan iaitu PLKN. Wah, bercerita besar kami pada petang itu. Hurm, dan cabaran yang tidak dapat lupakan adalah, siapa yang paling banyak digigit nyamuk apabila masuk ke hutan. Wah, macam menarik kan??

    Skodeng apa tue?? Dari kiri; Ijat, Fahim (Berselindung), Faizul dan Zulhilmi

    Hurm, bagai orang mengantuk disorongkan bantai, pada keesokkan harinya, alkisah Firdaus DDK datang ke bilik saya untuk mengajak saya ke cafe sama-sama berjumpa Presiden Jurutek untuk pergi ke kem ini. Azmi mengarahkan kami mencari seramai 10 orang peserta untuk ke kem ini.


    Pingat Mahasiswa Wira Negara JASA

    Maka, sejurus sahaja saya pulang ke bilik, saya memetik 10 orang ini untuk pergi ke kem ini. Mereka adalah Jocelyn, Ashikin, Nuraim, Faizul, Amirul, Zharif, Salbiah, Hazwani, Aiman, dan juga Tan kar Wei. Malangnya, hanya Jocelyn dan Ashikin sahaja yang balas. Maka, mereka berdua saya telah letakkan nama mereka untuk mengikuti kursus ini.

    Suasana di dalam Dewan Kem Sg Merab. Kelihatan dalam gambar, Zulhafiq Zariq

    Pada malamnya pula, saya mengambil nama Faizul dan Amirul. Fahim, Zulhilmi, Amir Ihsan, Zulhafiq Zariq, Shah Izat dan Saya kemudiannya meletakkan nama dalam kertas pendaftaran bagi melengkapkan nama pergi ke sana. Sakinah dan Hazwani pula pergi atas tiket persendirian. Hahaha, boleh pula begitu ya. Baiklah, dalam surat tertulis kem ini akan diadakan di Kem Laman Bestari, Ulu Yam Selangor. Tetapi satu lagi kejutan yang menarik berlaku. Pihak penganjur mengubah lokasi penganjuran ke Kem Sungai Merab, Kajang Selangor. Patutlah saya rasa perjalanan kami ke tempat kem jauh. Rupanya, tempat telah ditukar.

    Suasana dalam Dewan. Kelihatan dalam gambar, Fahim Sadri

    Pada hari pertama kem, sebelum bertolak, saya telah menerima tamparan hebat. Salah seorang rakan saya yang dipetik menangis tidak mahu pergi kem ini. Alamak, nampaknya matilah saya seperti ayam yang bakal disembelih. Dia menangis kot. Saya menjadi serba salah dan cuba sedaya upaya untuk pujuk rakan saya untuk pergi. Ketika keadaan makin kusut, saya melihat salah seorang rakan saya hampir 80% akan menarik diri. Tetapi alhamdulillah, setelah dipujuk, dia mencekalkan hati untuk pergi ke kem ini.


    Riang Ria DDE; Dari kiri, Amir, Ijat dan Zulhafiq

    Terima kasih kepada Mak Ayam (Kina ) , Ashikin dan Hazwani kerana pujuk dia. Hahaha....Kami bertolak dari UTM IC, KL ke Kem Sungai Merab pada jam 1.30p.m. Aduh, nampaknya, solat jumaat kami terpaksa dikorbankan di situ. Setibanya kami di kem, kami disambut oleh ketua fasilitator, Abang Aji. Setelah diberi taklimat, kami difahamkan terdapat sebuah lagi IPTA yang akan menyertai kem ini iaitu UITM Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Wah, menarik. Ini akan meluaskan lagi integrasi mahasiswa dalam kem ini.

    Saat-saat nak bertolak

    Pada petang itu, keyword yang menarik untuk dihayati adalah Survivor dan Taktikal.. Wah, hebat betul kan perkataan ini. Nampak daring dan mencabar. Iye lah, kata Abg. Aji, kalau ada benda yang kurang, semua itu adalah Survivor dan Taktikal. Adooi...

    Pada sebelah malam, sesi ice breaking telah diadakan. Seperti kem-kem yang lain, sudah semestinya akan dilantik beberapa orang untuk menjadi ketua dalam kem. Yang menariknya, walaupun di atas kertas UTM IC menghantar kontinjen paling ramai dalam kem ini, tetapi Ketua Kem (Dato Bendahara) dipilih dari peserta UiTM, NS. Penghuluwati (Tun Teja) menepati ramalan dari wakil UTM IC. Jawatan Dato laksamana disandang oleh pelajar UTM IC manakala Tun Fatimah disandang oleh wakil UiTM, NS. Memang semua peserta memang pantas bergaul dan tidak berpuak-puak semasa proses pemilihan pemimpin berlangsung. Itulah yang menarik tentang kami.


    Dalam bas sebelum bertolak

    Dipendekkan cerita, sebaik sahaja makan tengah malam diberi, sesi penyerahan tugasan pun berlangsung. Setelah semua peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan, maka setiap kumpulan diberkan amanah untuk menjaga lima beg amanah kerajaan Malaysia. Ketika majlis penyerahan berlangsung, tiba-tiba kawasan kem diserbu. Bunyi bom meletup (Walhal mercun jer), lampu dipadamkan. Penceroboh menerjah masuk lalu mengambil kelima-lima beg amanah itu. Peserta kem hanya mampu melihat dan menjerit, "Beg, beg," tetapi tidak terdaya untuk melakukan apa-apa.


    Faizul yang bosan menunggu

    Apabila keadaan mula reda, Abg. Aji memulakan lakonan hebat beliau selaku ketua kem dengan menyusun ayat sedih bagi memudahkan proses psikologi para peserta. Beliau mengarahkan krewnya membatalkan semua makanan untuk keesokkannya dan juga mengarahkan kelima-lima kumpulan mencari beg amanah esok hari.
    Menurut beliau, esok adalah satu perjalanan yang panjang. Merentasi berpuluh-puluh kilometer dan meliputi kawasan Kajang, Sepang dan Putrajaya.

    Pada malam itu, peserta diberi masa untuk berehat.
    Keesokkan harinya, perjalanan mencari lima beg amanah bermula. Setelah semua kumpulan menyiapkan panji-panji kumpulan, maka berangkatlah mereka ke bebe
    rapa destinasi untuk mendapatkan beg amanah Kerajaan Malaysia. Perjalanan yang penuh cabaran itu bermula pada jam 9.30pagi dan berakhir pada jam 10 malam. Berkut adalah senarai cabaran yang ditempuhi peserta kem dan pemenangnya..

    (Paip Bocor - Kumpulan Tiga)
    (Flying Squirel - Kumpulan Tiga)
    (Getah, Tali dan Bola - Kumpulan Empat)
    (Tembak Sasaran - Kumpulan Satu)
    (Tangkap Ayam- Kumpulan Lima)

    Sepanjang perjalanan, ada yang pengsan, muntah-muntah, kekejangan dan juga tidak kurang pitam. Maklumlah, berjalan di tengah panas dengan jarak perjalanan sejauh 20km dan jalannya yang berbukit-bukit dan bengkang bengkok. Menambahkan lagi cabaran adalah peserta tidak dibekalkan sebarang wang atau talian komunikasi untuk kemudahan peserta. Makanan juga tidak diberi. Jika diberi pun, dalam kuantiti yang amat sedikit. (Kedekut)...Hahaha... Maka, air paip mula menggantikan air minuman seharian peserta kem.

    Hai, pada perjalanan inilah peserta kem terliur melihatkan kenduri kahwin di tepi jalan, restoran dan juga orang yang menjual air kelapa di tepi jalan. Sabar sahajalah. Pada sebelah petang, hujan turun dengan lebatnya dan para peserta berbasah dalam hujan.Secara keseluruhannya, kem ini sangat mencabar. Pada malamnya, setelah tugasan mencari kelima-lima beg selesai, maka semua peserta berehat. Ingatkan tugasan sudah selesai, rupanya masih belum lagi. Hal ini demikian kerana, terdapat 5 orang peserta kem telah diculik penceroboh itu untuk tukar ganti beg dan bendera.

    Pada malam yang penuh emosi itu, penghulu dan juga orang kananya diasak sebegitu hebat untuk melaksanakan keputusan. Mujurlah, keputusan yang di ambil beliau tepat... Hahaha, padan muka yang lima orang itu mati.. Bukan mati katak, tetapi mati sebagai pejuang. (Walhal, malam balik bilik balik....)hahaha...Woi, bukak pintu, aku pulang...Hahaha....

    Fahim teringat ayam itik di kampung...

    Pada hari ketiga, kami belajar TTS. Apa itu TTS? TTS adalah tidur tanpa seluar. Eh, silap... Tempur tanpa senjata. Hahaha... Peserta kem ini diajar bagaimana untuk mempertahankan diri tanpa menggunakan sebarang senjata. Hebat...hebat...Kemudian, rumusan survivor dibincangkan. Pelbagai sebab dibincangkan mengapa aktiviti demikian dijalankan.


    Gumbira...


    Pada tepat jam 12, upacara penutup dijalankan dengan penuh gembira dan syukur. Alhamdulillah, semua peserta telah berjaya melepasi cabaran kem dengan jayanya. Tepat jam 2.30petang, kami semua pulang ke UTM IC bagi meneruskan perjalanan hidup kami selaku mahasiswa.Di sini, saya selitkan sekali gambar yang sempat disnap-snap semasa kem ini berlangsung...


    Makan besar di KFC...Betul-betul ho-liow!
  • You might also like

    1 ulasan:

    1. idham...
      sakinah n wani p under tiket mpm...
      sje btau...

      BalasPadam