• Minggu ke-6 :Gumbira, Celaka, Tempang, Sabar dan Bangga

    Assalamualaikum dan salam sejahtera...
    Apa khabar? Semoga kalian semua berada dalam rahmat yang Maha Esa dan juga bahagia di samping orang anda cintai. Baiklah, sebelum saya menyusun kata dalam blog saya ini, saya ingin merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat Di-Raja Johor terutama kepada Sultanah Zanariah yang juga Canselor UTM atas kemangkatan DYMM Sultan Iskandar, Sultan Johor dan juga seluruh warga negeri Johor amnya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Almarhum Sultan Johor... Al-Fatihah..

    Baiklah, minggu ke-6 ini semestinya minggu yang mencabar buat saya dari segi emosi, intelek, rohani dan jasmani. Allah telah menurunkan dugaan ini kepada saya supaya saya dapat mengukur sejauh mana tahap keimanan saya kepada-Nya. SubhanaAllah. Baiklah, saya bermula diari saya bermula pada hari Sabtu, 16 Januari 2010.

    Sabtu lepas, saya telah mengikuti Majlis Ramah Mesra Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM), Kediaman Siswa Jaya, UTM bersama Felo kolej bertempat di Sg. Congkak, Selangor. Pengarah Program bagi majlis ini adalah Kak Syuhada. Secara jujurnya, program ini ringkas dan santai. Saya juga sukakan konsepnya, semua ahli melepaskan tekanan semasa riadah sepanjang berkhidmat dalam JKM. Tahniah kepada Kak Syu. Tetapi melalui kaca mata saya, program ini tidak tercapai matlamatnya. Ye la, apa yang saya dapat perhatikan, felo dan juga ahli JKM masing-masing buat hal sendiri. Malah, selepas sahaja jamuan BBQ, masing-masing hilang entah ke mana, sama ada felo dan juga ahli JKM sendiri. Diharap pada edisi depan, tidak berlaku lagi perihal begini. Walau bagaimanapun, program ini amat menyeronokkan. Terima kasih..


    Saya di Sg. Congkak bersama rakan-rakan untuk Majlis Silaturrahim JKM-Felo KSJ UTMic

    Keesokkan harinya, Ahad, saya pulang ke rumah. Saya menunggang motorsikal Honda Wave 125 milik bapa saya. Saya bukannya rempit, bawak moto pada hari itu pun perlahan, cuma 40km/j. Tetapi malang tidak berbau seperti bau aroma roti canai, saya teribat dengan kemalangan motosikal dan jatuh moto akibat tayar belakang motosikal yang saya tunggang pecah. Akibatnya, lutut sebelah kiri saya rabak dan mungkin tulang saya retak. Hanya Allah sahajalah yang tahu bagaimana seksanya saya menghadapi saat getir ini. Barulah saya sedar bahawa nikmat lutut yang Allah SWT beri kepada kita ini sangat bermakna. Nampak je lutut, tidak penting, tetapi sebenarnya, tanpa lutut, kita tidak boleh bergerak dengan senang. Harap-harap agar lutut saya cepat sembuh nanti. Doakanlah saya agar cepat sembuh...Terima kasih.

    Ubat yang saya terima selepas kemalangan.

    Pada hari Isninnya, saya pergi kuliah dengan keadaan tempang. Seksanya berjalan. Terutama sekali bila naik tangga.. Ya Allah, ringankanlah dugaan hambamu yang hina dina ini. Saya pergi ke Klinik UTM untuk mencuci luka dan ambil ubat. Terima kasih kepada Puan Jururawat yang merawat saya dengan penuh kasih sayang. Rasa macam tak nak jer keluar dari klinik tu. Kemudian, saya pergi ke kuliah pada jam 10 pagi. Bayangkan bila seseorg itu sakit, kemudiannya terpaksa mengikuti kuliah yang memerlukan untuk naik tangga, huh, memang rabak lutut tue. Tetapi saya cekalkan diri untuk mendaki tangga itu.. Nak buat macam mana, dah nasib badan. Maka itulah pengalaman saya menjadi tempang pada minggu ini. Barulah saya sedar mengapa manusia harus bersyukur setiap masa. Nikmat kesihatan sememangnya tiada tolok bandingnya dengan wang.

    Pada minggu ini, poster untuk mencari AJK Camp-In telah pun dikeluarkan. Ya, memang tinggi kelayakan untuk menjadi AJK Camp-In ini. Ye la, ini bukan urusan majlis bernilai beratus ringgit, tetapi RM10, 000++. Maka AJK yang melaksanakan
    aktiviti itu mestilah cemerlang, bukannya calang-calang orang. Saya akui, setiap manusia pasti ada kekurangan. Tetapi daripada kekurangan dan kelebihan setiap orang itulah kita bina kekuatan. Apa yang saya mahukan adalah, dalam proses kita menganjurkan aktiviti amal ini, kita mampu membina soft skill yang sememangnya tiada dalam kuliah.

    Saya agak terkilan apabila ada mahasiswa kita yang gatal tangan untuk mengacau kehidupan orang lain. Di mana ketelusan mahasiswa kita? Diletak borang pada papan kenyataan, gatal tangan untuk mencontengnya. Saya tidak kisahlah kalau anda mahu conteng, tetapi saya tertanya-tanya adakah anda akan mendapat pulangan baik dari perbuatan anda. Saya berpegang kepada kata pensyarah Al-Jabbar 2 saya, Puan
    Rohani, jika kamu menganaiyai orang, kamu akan dapat susah nanti. Lantak korglah...


    Poster Camp-In Sahabat

    Baiklah, biarkan si luncai bersama labu-labunya. Semalam, bersamaan hari Jumaat, saya telah melapangkan dada untuk melawat sekolah lama saya, SMT Kuala Lumpur, salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Wah, memang sudah banyak berubah pada ciri fizikal sekolah. Tahniah saya ucapkan kepada barisan kepimpinan sekolah yang diketuai oleh Pengetua Cemerlang, Puan Hajah Kartini.

    Saya sempat solat maghrib dan isyak bersama-sama pelajar Tingkatan 5 TIKL . Memang tidak berubah budayanya dengan zaman saya. Sekolah ini masih mengekalkan ciri-ciri keislamannya walaupun hanya bergelar sekolah menengah teknik. Saya mengambil peluang untuk menyampaikan tazkirah yang bertajuk "Kehidupan di IPT dan Sekolah, berbezakah ia?,". Saya sangat bersyukur kerana mereka sudi meminjamkan telinga mereka dalam sesi tazkirah bersama saya, terima kasih.

    Pada malamnya, saya berkesempatan untuk melihat pasukan kawad kaki berirama KRS SMTKL membuat latihan kawad kaki berirama. Mereka bakal bertanding pada Hari Wilayah KL, 1 Februari 2010 bertempat di Dataran Merdeka, KL. Saya ucapkan selamat maju jaya dan semoga kalian berjaya mendapat apa yang dihajati. Sebenarnya, saya rasa agak rindu untuk bersama-sama berkawad dalam pasukan KRS ini. Memang sangat menyeronokkan.

    Baiklah, sebelum saya menutup bicara pada kali ini, saya tinggalkan anda dengan video kawad kaki berirama KRS SMTKL . Saya bangga menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Semoga terhibur. Assalamualaikum wrbh..

    *imej dalam video ini adalah ihsan you tube. Kalau anda ingin tgk yang clear punya, dapatkan cd yang original daripada pengedar yang bertauliah...:P




  • You might also like

    3 ulasan:

    1. semoga lutut kamu cpt sembuh

      *kalau kita permudahkan kerja org lain, Allah akan permudahkan kerja kita pula
      kalau kita sshkan org kelak kita pulak akan terasa ssh

      BalasPadam
    2. Amirah, terima kasih!
      saya sangat hargai komen awk...
      :)

      BalasPadam
    3. sama-sama idham
      terima kasih kembali sudi berkongsi pengalaman kamu
      teruskan menulis, pasti punya sesuatu utk berkongsi

      BalasPadam