• :: Memoir Bas di UTM ::


    Pabila bercerita mengenai bas, sudah pastinya kita terbayang bas adalah medium utama kita ke kampus. Tidak kiralah ianya adalah bas kontrak daripada syarikat TMTT ataupun bas UTM sendiri. Ada juga sebilangan pelajar juga yang beralih angin dengan membawa kenderaan sendiri seperti motor dan kereta. Bukan apa, kata mereka bas di UTM ni cukup canggih sehinggakan masa pun tidak ditepati dan juga layanan 'mesra' pemandu-pemandu bas kontrak yang membuatkan mereka jatuh cinta untuk membawa kenderaan sendiri. Ada juga pelajar yang membawa kenderaan sendiri dengan tujuan mahu menunjuk-nunjuk sahaja yang dia kaya. (Amboi, ingat sikit... Bukan kamu tu yang kaya, tapi mak bapak kamu yang empunya harta. Tak sedar dek diuntung....)

    Bas...bas...bas.... Kadang kala saya merasakan bahawa perkhidmatan bas di UTM ini cukup baik. Tapi kadang-kadang juga saya merasakan perkhidmatan bas di UTM teramat teruk. Akibatnya, saya berasa seperti dilemma untuk menyatakan pendirian saya terhadap perkhidmatan bas di UTM. Ye la, cuba bayangkan, di saat saya ingin menanda perkhidmatan bas di UTM ini teruk, terbayang wajah manja Pak Cik India yang bawa bas catar, tidak pun layanan mesra Pak Bas Kontrak yang baru di mana basnya asyik tiada aircond (Hahaha, dah serik naik bas pak cik tu masa pergi malam muktamar JURUTEK. Macam mandi laut kut....).

    Nak tanda baik pulak, terbayang pulak saat-saat di mana terpaksa menunggu lama untuk dapatkan bas. Melalui pengalaman saya, hampir 3 kali saya menunggu kehadiran bas di UTM selama hampir dua jam. Di mana janji manis pihak berwajib yang menyatakan kekerapan bas adalah selama 30 minit satu-satu masa. Itu satu hal... Hal yang lain pula, pemandu bas memberikan layanan dingin terhadap penumpangnya. Agak-agak la kalau nak naik angin pun. Tanpa kami menggunakan bas anda, saya yakin bukan hanya 50%, 60% tetapi 100%, anda tidak boleh cari rezeki. Jangan la sampai kami terpaksa bikin union untuk tutup periuk nasi pemandu bas di UTM.

    Kita beralih pula bercerita pasal penumpang bas pula. MasyaAllah, ini satu lagi hal. Kalau budak-budak pandai naik bas, fuh...memang dahsyat. Tak payah beratur beb. Berebut macam orang beli ikan kat pasar. Amat memalukan. Walaupun dah belajar tinggi-tinggi, tetapi tidak praktikkan apa yang mereka belajar sejak dari tadika dulu. Sia-sia jer cikgu tadika ajar suruh beratur menaiki bas. Baru lah nampak sebagai manusia bertamadun sedikit. Ini, kalah zaman manusia prasejarah lagi (Manusia zaman prasejarah ada naik bas ker, cik Idham oii)... Hahaha....

    Itu cerita yang nak naik bas. Bagaimana pula mereka yang nak turun bas pada saat kritikal macam tue.. Isyk, teruk betul. Tolong la turun cepat-cepat. Anda bukannya pemain bola atau artis yang turun sahaja mereka akan minta tanda tangan. Tidak sesekali. Malah, mereka akan menyumpah anda lagi kerana turun lambat. Hisy, tu baru masa belajar, dah berlagak hangat. Kalau anda rasa diri anda hangat, pergilah duduk dalam peti sejuk tu. Tiada siapa nak ganggu anda....

    Baiklah, seterusnya adalah kisah asmaradana dalam bas. Masyarakat...... Ini lagi satu masalah negara ini. Banyak pula la orang nak berdating dalam tu. Tidak cukup berdating, yang jual minyak pun ada. Aduh, ingat orang nak beli sangat ke minyak tu. Kalau minyak masak atau minyak petrol tu ok la jugak, ini minyak ntah apa-apa... I la, u la... Ikan yu la, jerung la, paus la... Isyk, bebulu orang yang dalam bas tu dengar. Yang lagi macam tahap cipan perangainya pabila jumpa dengan orang yang suka pasal ringtone hp kuat-kuat dalam bas. Ye la, tau la dia ada hp, canggih, hebat, menawan kan? Tapi janganlah sampai menggangu orang lain. Ingat anda sahaja yang bayar duit yuran UTM ini, kami pun bayar jugak la pak cik dan mak cik.

    Walau bagaimanapun, saya berasa amat bersyukur kerana punyai kenderaan percuma untuk pergi ke kampus. Ye la, tidak perlu bayar untuk minyak dan juga penyelenggaraan kenderaan. Malah siap dengan pemandu lagi walaupun kadang-kadang pemandu buat hal.. Hehehe...Alhamdulillah....Sungguhpun begitu, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki bagi mengharmonikan lagi perkhidmatan bas di UTM....

    Terima kasih PAK CIK BAS!!!
  • You might also like

    3 ulasan:

    1. samala kita ya
      berulang-alik nek bas
      tp waktu kemuncak kena r berebut
      lau x lmbt ke kls

      BalasPadam
    2. Tu la...
      akak amek kos apa kat skudai tue??

      BalasPadam
    3. eh saya bukan stdy sna..
      sy stdy kat perak
      kos sains..
      awk?

      BalasPadam