• Macam-macam ada!

    Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Bertemu kembali dalam blog cak-lempong. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menulis lagi. Erm, sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Hijrah 1431 kepada seluruh umat Islam di dunia. sesungguhnya peristiwa hijrah nabi Muhammad SAW mengajar kita agar sentiasa berhijrah kepada keadaan yang lebih baik. Oleh yang demikian, saya mengajak rakan-rakan saya untuk tanamkan azam baru dan tekod baru untuk menuju arah yang satu.

    Minggu ini saya boleh simpulkan sebagai minggu macam-macam ada. Allah, teringat pula kepada Pak Cik MMA yang popular melalui iklan ASTRO tue... (Marilah kita sedekah al-Fatihah kepada beliau). Memang besar impak lakonan beliau semasa iklan itu mula-mula keluar. Kenapa minggu ini macam-macam ada bagi saya? Jom saya akan terangkan satu persatu....


    Final Bola Sepak Sukan SEA 2009: Malaysia menentang Vietnam di Laos, menang 1-0 hasil jaringan sendiri pihak lawan.


    Pertama, minggu ini pasukan bola sepak negara kita berjaya menamatkan kemarau 20 tahun emas dalam acara Bola sepak sukan SEA 2009 di Laos. Pasukan bawah 23 negara kita menang 1-0 keatas pasukan Vietnam, itupun melalui gol sendiri daripada pemain Vietnam. Memanglah atas kertasnya menang, tapi menang tidak bergaya.. Tidak perlu dibanggakan mengenai kejayaan itu sebaliknya berusaha perbaiki kelemahan sehingga pasukan negara kita gagal menjaringkan gol sepanjang 90 minit perlawanan.

    Kedua, sambutan maal hijrah dalam kalangan budaya masyarakat kita. Tidak dinafikan bahawa negara kita memang kaya dengan cuti. Malah, Maal Hijrah pun diberi cuti. Akan tetapi, pernahkah kita terfikir akan rasional mengapa kerajaan memberikan cuti sebegitu? sudah pastilah kerajaan mahu kita bersama menyambutnya dengan keluarga dan rakan-rakan di masjid, surau ataupun dalam komuniti. Ini tidak, amat meyedihkan apabila kita melihat surau-surau, masjid-masjid lengang tanpa orang, malah lebih teruk saya katakan seolah-olah sudah mati. Bagi yang mengimarahkan masjid dan surau pada malam maal hijrah, saya ucapkan tahniah kerana andalah orang yang telah ditakdirkan Allah untuk menjadi tetamunya pada malam yang mulia itu.

    Ketiga, secara jujurnya minggu ini adalah minggu mencabar buat saya, saya terpaksa bertarung antara kepentingan kerja dan belajar. menjadi seseorang dinamik adalah teramat sukar tetapi sekali kita sudah mendapat rentaknya, insyaAllah kejayaan di depan mata. Saya mula mengalami tekanan yang teramat sangat dan saya harap supaya Allah permudahkan urusan jihad saya. Alhamdullilah, saya amat bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yang amat memahami terutama orang yang saya sayangi, ibu bapa saya, kawan-kawan dan juga rakan dalam jabatan. Terima kasih semua dan saya akan lakukan yang terbaik untuk diri saya dan semua amnya...

    Setakat inilah coretan saya, saya ingin mengucapkan ahlan wasahlan hijriah 1431 dan semoga kita menjadi lebih baik dari hari sebelumnya...
  • You might also like

    3 ulasan:

    1. Menang tetap menang.
      memang rezeki emas buat Malaysia.
      ini menunjukkan tanda-tanda positif untuk pasukan kebangsaan.
      sememangnya perlawananan tersebut kurang menarik berbanding pelawanan melibatkan kelab gergasi dunia. Rentak pasukan Malaysia agak lambat berbanding vietnam yang mengasak kubu kita dari awal permainan, tetapi itu mungkin strategi K.Rajagopal.
      Kemenangan ini juga telah menutup mulut jurulatih Vietnam yang memperkecilkan pasukan negara sehari sebelum perlawanan.
      Akhir sekali, siapa yang ingin menyokong pasukan kebangsaan kita? Sudah pasti, kita yang bergelar rakyat Malaysia.
      ~pendapat individu~

      BalasPadam
    2. Kepada Saudara Hafiz Mustafar;

      Terima kasih atas pendapat anda. Saya amat menghargai pandangan anda.
      Tidak dinafikan kita menang emas dan berjaya menamatkan kemarau emas bola sepak dalam Sukan Sea baru-baru ini,
      tetapi anda rasa, wajarkah dengan hanya memenangi kejohanan itu, pasukan bawah 23 kita naik sebagai squad elit.
      Bukankah itu dinamakan tindakan yang agak terburu-buru.
      tambahan, pemain kita amat mudah lupa diri, baru berada dipuncak sekali, terus dibuai mimpi.
      saya rasa, bola sepak perlu diperkemaskan lagi strateginya sebelum dihantar ke peringkat yang lebih tinggi...

      BalasPadam
    3. Mengenai skuad bawah 23 yg kini menjadi pasukan elit, tindakan itu agak tergesa-gesa.
      pada pendapat saya, pemain bawah 23 negara yg cemerlang hendaklah diserap ke dalam skuad elit. ini akan memberi saingan kepada pemain senior. tambahan pula, skuad bawah 23 tidak akan terkubur.
      selain itu, skuad negara perlu berlatih dalam skuad sekurang-kurang sebulan sekali bagi mendapatkan kesefahaman yg bagus.

      BalasPadam